Anda belum login :: 02 Jul 2022 08:06 WIB
Detail
ArtikelStrategi Komunikasi Dalam Akhbar Berita Politik Dari Sudut Genre Linguistik  
Oleh: Pondo, Halimah
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 11: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kesebelas, Jakarta,1-2 Mei 2013, page 223-230.
Topik: genre; akhbar; berita politik dan strategi komunikasi
Fulltext: STRATEGI KOMUNIKASI.pdf (2.17MB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 11
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: 1
    Lihat Detail Induk
Isi artikelStrategi komunikasi merupakan kaedah yang digunakan untuk memastikan komunikasi dapat berjalan dengan lancar.Strategi komunikasi mengandungi cara-cara merancang dan melaksanakan sesuatu peristiwa bahasa.Dari sudut genre linguistik, strategi komunikasi meliputi kaedah langsung, kaedah tidak langsung, kaedah mengungkap semula, kaedah memastikan jalinan komunikasi berterusan, kaedah menimbulkan humor, dan sebagainya.Strategi komunikasi dalam akhbar berita politik sangat menarik untuk dikaji kerana menjadi wadah informasi yang mengandungi keterangan maklumat parti-parti politik disesebuah negara.Berita politik dalam akhbar dipilih sebagai bahan kajian kerana mengandungi isu-isu yang relevan yang diasumsikan berdasarkan ‘slogan’ di tanah air.Justeru, dalam makalah ini, penelitian dalam akhbar berita politik dimulakan dengan mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan dan penjelasan dari sudut genre linguistik.Strategi komunikasi dalam akhbar berita politik dari sudut genre dianalisis dengan menggunakan teori genre linguistik yang diperkenalkan oleh Swales (1981,1990) dan disokong oleh sarjana-sarjana lain seperti Asmah Omar, Abdul Razak Karim dan lain-lain. Kaedah analisis kandungan akhbar berita politik digunakan untuk menjelaskan isu-isu yang berlaku di tanah air. Disamping itu juga memberi perhatian terhadap ciri-ciri keilmiahan yang seharusnya terkandung di dalam akhbar berita politik sebagai syarat mengklasifikasikannya sebagai genre linguistik. Aspek kebahasaan yang dilihat pula, ialah dari segi nahunya sebagai modus operandi iaitu bahasa sebagai suatu proses berkaitan dengan peristiwa kejadian sebenar.Dapatan kajian menunjukkan strategi komunikasi di dalam akhbar berita politik dari sudut genre merupakan peristiwa bahasa yang sememangnya mengandungi kaedah-kaedah yang seharusnya ada dalam sesuatu genre.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)