Anda belum login :: 05 Jun 2025 05:44 WIB
Detail
ArtikelMemperkasakan Pembangunan Insan Melalui Amalan Infaq  
Oleh: Abdullah, Shuhairimi
Jenis: Article from Journal - ilmiah nasional - terakreditasi DIKTI
Dalam koleksi: SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan vol. 6 no. 2 (Nov. 2013), page 169-182.
Topik: Islam; pembangunan insan; kerajaan Malaysia; infaq; masyarakat bertamadun; kesejahteraan; individu Muslim; dan tanggungjawab sosial.
Fulltext: 06.shuhairimi.sosio_.her.pdf (214.21KB)
Isi artikelDalam kerangka agama Islam, orientasi material yang bersifat tunggal tidak dianggap sebagai kemuncak kepada kejayaan seseorang individu. Sebaliknya, apa yang menjadi keutamaan tanggungjawab kepada individu Muslim iaitu dapat memberi manfaat atau sumbangan untuk memperkasakan agama dan pembangunan insan amnya. Berasaskan kepada penjelasan tersebut, ia memberi satu gambaran umum kepada setiap individu Muslim yang berfungsi sebagai pemegang amanah supaya memikul tanggungjawab tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’ untuk memperkasakan pembangunan insan melalui budaya infaq yang berorientasikan kepada perkara kebajikan. Penulisan artikel ini bertujuan untuk melihat peranan yang boleh disumbangkan oleh individu Muslim melalui budaya infaq untuk dimanfaatkan, khususnya dalam pembangunan insan. Artikel ini cenderung kepada kajian kepustakaan menurut perspektif Islam dan perbincangan para sarjana berkaitan topik yang dikaji. Secara amnya didapati bahawa elemen infaq seperti yang diutarakan oleh Islam merupakan sebahagian daripada mekanisme terbaik yang boleh menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik sifatnya. Amalan infaq yang dihayati tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim berdasarkan kepada kemampuan, kepakaran, dan ketaqwaan yang dimiliki oleh setiap individu Muslim.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0 second(s)