Anda belum login :: 24 Jul 2025 16:53 WIB
Detail
ArtikelAplikasi Nilai-nilai Murni Berlandaskan Tema Luqman al-Hakim di dalam Al-Qur’an sebagai Asas Pendidikan  
Oleh: Mamat, Arifin ; Rashid, Adnan Abd
Jenis: Article from Journal - ilmiah nasional - terakreditasi DIKTI
Dalam koleksi: SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan vol. 6 no. 2 (Nov. 2013), page 133-142.
Topik: Pendidikan karakter; nilai-nilai murni; pendidikan dalam Islam; Al-Qur’an dan surah Luqman; serta amalan taqwa dan akhlak mulia.
Fulltext: 03.arifin.adnan_.sosio_.her.pdf (151.91KB)
Isi artikelAl-Qur’an merupakan sumber penting bagi umat Islam dalam memperkasa mutu pendidikan. Justeru, dalam mendidik manusia, beberapa strategi telah ditunjuk-ajarkan oleh Allah SWT (Subhanahu WaTa’ala). Diantaranya cerita-cerita yang direkodkan untuk diteladani serta memberi pengajaran yang amat bermanfaat kepada manusia. Di antara paparan cerita penting yang telah direkodkan oleh Allah SWT dalam kandungan Al-Qur’an ialah mengenai seorang pendidik agung yang bernama Luqman al-Hakim. Artikel ini menganalisa nilai-nilai murni yang ditekankan oleh Luqman al-Hakim dalam pendidikan terhadap anaknya, sebagaimana tercatat didalam surah Luqman ayat 13 hingga 19. Beberapa nilai murni yang berbentuk universal, yang telah ditegaskan oleh Luqman al-Hakim didalam mendidik anaknya, dapat menggariskan satu panduan pendidikan yang signi?kan kepada masyarakat Islam masa kini. Diantaranya adalah teras keimanan yang tidak mensyirikkan Allah SWT dan menghormati ibu-bapa yang berada di kedudukan yang kedua selepas kepercayaan kepada Allah. Begitu juga penerapan sifat taqwa dan waspada terhadap Allah, mendirikan sholat, serta seterusnya membuat makruf dan mencegah kemungkaran. Corak pendidikan yang diaplikasikan itu adalah munasabah dan tetap unggul sehingga ke hari ini. Oleh itu, asas-asas nilai yang direkodkan didalam Al-Qur’an surah Luqman wajar dijadikan panduan oleh para pendidik dan ibu-bapa, juga oleh pihak-pihak yang berkaitan.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)