Anda belum login :: 06 May 2025 17:47 WIB
Detail
ArtikelPemilihan Bahasa Kanak-Kanak Orang Asli Semai  
Oleh: Kudin, Abd. Hadi ; Harun, Karim
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 14 : Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Keempat Belas, page 438-442.
Topik: Pemilihan bahasa; Bahasa Melayu; Bahasa Semai; Orang asli; Pencapaian pendidikan
Fulltext: hal 438-442.pdf (18.75MB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 14
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 1)
    • Tandon: 1
   Reserve Lihat Detail Induk
Isi artikelDalam masyarakat bilingual atau multilingual seseorang mampu berbicara dua bahasa atau lebih dan harus memilih yang mana harus digunakan. Ada tiga jenis pilihan yang dapat dilakukan, iaitu alih kode, campur kode, dan memilih satu variasi yang sama (Chaer &Augustina, 1995). Makalah ini akan membincangkan pemilihan bahasa dalam kalangan anak-anak orang asli Semai. Orang asli semai adalah salah satu etnis pribumi yang tinggal di Semenanjung Malaysia, terutama di bahagian Perak. Mereka adalah masyarakat multilingual yang menuturkan lebih daripada dua bahasa. Mereka menguasai bahasa ibu, iaitu bahasa Semai dan juga bahasa Melayu yang menjadi bahasa nasional dan bahasa rasmi Malaysia. Anak-anak daripada masyarakat Semai ini mengunakan bahasa Semai dan bahasa Melayu dalam pertuturan mereka. Bahasa Semai digunakan dalam lingkungan keluarga, manakala bahasa Melayu dituturkan sewaktu persekolahan. Penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Semai yang bercampurcampur menghasilkan keputusan yang buruk dalam pelajaran. Justeru makalah ini akan membincangkan pemilihan bahasa anak-anak orang asli Semai daripada konteks pendidikan. Untuk mendapatkan data, pendekatan Domain Fishman (1972) akan digunakan, manakala Teori Sosiolinguistik Interaksi Gumperz (1982) pula akan digunakan untuk menjelaskan alih kode yang berlaku dalam interaksi pelajar di sekolah. Hasil kajian mendapati pelajar orang asli di sekolah ini memilih bahasa Semai sebagai bahasa pertuturan utama mereka kecuali apabila berada di dalam kelas atau situasi formal. Dapatan mendapati pemilihan bahasa kanak-kanak orang asli Semai telah mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu seterusnya memberi kesan ke atas pencapaian pendidikan mereka.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)