Anda belum login :: 03 Jun 2025 07:07 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Keresahan Terhadap Bahasa Asing (Foreign Language Anxiety, FA): Kajian Mengenai Keresahan Terhadap Penilaian Negatif (Fear of Negative Evaluation, FNE) Dalam Kalangan Pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UNIKL MFI)
Oleh:
Iman, Wan bin Wan Salim
;
Subramaniam, Vijayaletchumy a/p
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
KOLITA 13 : Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Ketiga Belas : Tingkat Internasional, Jakarta, 8-9 April 2015
,
page 187-192.
Topik:
Keresahan terhadap bahasa Asing
;
kereshana terhadap penilaian negatif
;
bahasa Inggeris
;
strategi
;
aktiviti kelas
Fulltext:
(187-192) Wan Iman b.W.S., Vijayaletchumy - Keresahan Terhadap . . . - 020415.pdf
(197.39KB)
Ketersediaan
Perpustakaan PKBB
Nomor Panggil:
406 KLA 13
Non-tandon:
tidak ada
Tandon:
1
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor keresahan terhadap bahasa asing atau Foreign Language Anxiety (FLA) dalam kalangan pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) dan membincangkan strategi yang diambil pelajar bagi menanganinya. Kajian memfokuskan kepada keresahan terhadap penilaian negatif atau Fear of Negative Evaluation (FNE) yang dialami pelajar peringkat Ijazah yang mengambil kursus Fundamental English (WEB10302) selama 14 minggu dengan purata kelas 3 jam seminggu. Kajian memanfaatkan soal-selidik Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLCAS) yang dibina Horwitz et al. (1986). Temu bual ringkas turut dijalankan untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam tentang FLA yang dialami pelajar. Walaupun FLA merupakan fenomena biasa dalam pembelajaran sesuatu bahasa kedua atau bahasa asing, tenaga pengajar pantas menyimpulkan kelemahan berbahasa Inggeris dan kekurangan motivasi sebagai punca utama pelajar pasif dan tidak yakin di dalam kelas. Kajian ini mendapati pelajar, secara keseluruhannya, mengalami FNE dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Bagi menangani kekangan psikologi ini, pelajar mengambil strategi positif seperti melakukan aktiviti berkumpulan dan memohon bantuan rakan yang lebih mahir. Terdapat segelintir pelajar yang mengambil strategi negatif dengan berdiam diri dan duduk di belakang kelas. Dapatan kajian membantu tenaga pengajar untuk menstrukturkan pendekatan pengajaran yang lebih berkesan dengan mengelak aktiviti kelas yang boleh menjana FNE pelajar. Kepekaan tenaga pengajar dalam mengesan kewujudan FLA dapat membantu mengoptimumkan proses pembelajaran dan penguasaan BI pelajar.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0 second(s)