Anda belum login :: 03 Jun 2025 07:02 WIB
Detail
ArtikelPendekatan Prosodi Semantik Bagi Menentukan Nilai dan Penggunaan Leksis  
Oleh: Rahman, Mohd Amin Abd
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 13 : Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Ketiga Belas : Tingkat Internasional, Jakarta, 8-9 April 2015, page 179.
Topik: Semantik; Nilai; Prosodi semantik; Leksis; Pendekatan
Fulltext: (179) Mohd. Amin A.R. - Pendekatan Prosodi . . . - 020415.pdf (101.6KB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 13
    • Non-tandon: tidak ada
    • Tandon: 1
 Lihat Detail Induk
Isi artikelKajian tentang semantik adalah sebahagian daripada cabang linguistik. Disiplin linguistik kognitif pula mementingkan konteks dalam menentukan nilai sesuatu leksis (kata) yang digunakan oleh pengguna bahasa. Bertitik tolak daripada disiplin linguistik kognitif lahirlah pendekatan khusus untuk meneliti fenomena kepenggunaan sesuatu leksis iaitu Prosodi Semantik (semantic prosody). Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti nilai bagi sesuatu leksis dalam ujaran serta menentukan nilai sesuatu leksis yang mempunyai kecenderungan sama ada bernilai positif (ameliorisasi) atau negatif (pejorasi) atau bersifat neutral berdasarkan kolokasi-kolokasi tertentu menggunakan pendekatan Prosodi Semantik. Pada umumnya, leksis dendam membawa maksud yang pejorasi. Berbantukan data korpus (subkorpus majalah), pendekatan prosodi semantik dapat membuktikan bahawa leksis dendam yang bernilai pejorasi iaitu leksis membawa makna negatif boleh berubah makna menjadi bernilai ameliorisasi (positif). Pendekatan Prosodi Semantik juga mampu menjelaskan bahawa pengguna bahasa peka dan tahu untuk menggunakan sesuatu leksis mengikut kesesuaian konteks semasa berkomunikasi kerana data yang diperoleh adalah berdasarkan sumber yang sahih dan tidak direka. Selain itu, kajian ini juga memberikan persepsi yang positif bahawa pengguna bahasa mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang bahasa kerana ketepatan mereka memilih leksis yang sesuai semasa berkomunikasi. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa kajian linguitik yang didasari teori yang tepat dapat menunjukkan bahawa pengguna bahasa sememangnya mementingkan semantik semasa menggunakan sesuatu leksis ketika berkomunikasi.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)