Anda belum login :: 04 Jun 2025 11:50 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Analisis Kohesi Dalam Teks Saintifik
Oleh:
Jaafar, Mohammad Fadzeli
;
Aman, Idris
;
Awal, Norsimah Mat
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
KOLITA 11: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kesebelas, Jakarta,1-2 Mei 2013
,
page 303-308.
Topik:
kohesi
;
gramatikal
;
leksiko-gramatikal
;
leksikal
;
rujukan
;
pengulangan
;
kata penghubung
Fulltext:
ANALISIS KOHESI.pdf
(2.17MB)
Ketersediaan
Perpustakaan PKBB
Nomor Panggil:
406 KLA 11
Non-tandon:
1 (dapat dipinjam: 0)
Tandon:
1
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Kohesi (cohesion) merujuk kepada apa sahaja cara yang dapat menghubungkan kata, klausa, ayat atau perenggan dalam sesuatu wacana. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat pelbagai unsur kohesi yang terdapat dalam teks saintifik berdasarkan taksonomi kohesi yang pernah dikemukakan oleh Halliday dan Hasan (1976) dan Halliday (2004). Taksonomi kohesi ini telah diaplikasi dalam pelbagai bahasa dan genre di serata dunia. Taksonomi ini menjelaskan bahawa sistem pautan terdiri dari 3 kategori, iaitu gramatikal, leksiko-gramatikal dan leksikal. Kategori gramatikal dalam kajian ini hanya tertumpu pada rujukan (reference). Leksiko-gramatikal pula dikhususkan pada kata penghubung (conjunction). Kategori leksikal meneliti pengulangan (repetition). Hasil kajian ini nanti akan dapat memperlihatkan kekerapan penggunaan unsur kohesi yang tertentu dalam teks sains tulen khususnya, dan bagaimana unsur kohesi dimanfaatkan dalam menyampaikan sesuatu mesej. Kajian ini akan meneliti sejumlah 24 artikel berbahasa Melayu yang diterbitkan dalam Jurnal Malaysiana keluaran tahun 2012. Kesemua artikel ini akan dibahagikan mengikut bidang masing-masing, iaitu fizik, kimia dan biologi. Hasil kajian ini mendapati kategori leksikal, iaitu pengulangan adalah yang paling banyak digunakan dalam teks kajian. Kategori gramatikal adalah yang kedua tertinggi, dengan ganti nama diri (misalnya, ia, ianya, nya, mereka) adalah yang paling banyak digunakan berbanding ganti nama penunjuk (misalnya, ini, itu) dan ganti nama am (misalnya, tersebut). Kategori leksiko-gramatikal pula memperlihatkan kepelbagaian, iaitu penghubung kohesi perbandingan (adversative), sebab (causal) dan waktu (temporal) adalah yang paling banyak digunakan berbanding penghubung tambahan (additive) dan kesinambungan (continuative).
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0 second(s)