Anda belum login :: 06 Jun 2025 10:26 WIB
Detail
ArtikelStrategi Pengenalan Wacana Sains dan Teknologi  
Oleh: Aman, Idris ; Awal, Norsimah Mat ; Jaafar, Mohammad Fadzeli
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 11: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kesebelas, Jakarta,1-2 Mei 2013, page 263-268.
Topik: strategi wacana; kewacanaan; tekstual; proses; penerang awal ayat; modaliti; tema
Fulltext: STRATEGI PENGENALAN WACANA.pdf (2.17MB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 11
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: 1
    Lihat Detail Induk
Isi artikelPenulisan ilmu merupakan hasil tindakan berwacana yang bertempat dan berbeza. Ini kerana teks yang dihasilkan memperkatakan bidang ilmu tertentu dan mempunyai kelompok sasaran yang tersendiri. Pewacanaan ilmu bukan sahaja melibatkan kosa kata, istilah, dan ayat, malah yang lebih getir ialah strategi penulisan atau strategi wacananya. Kajian ini meneliti, menghurai, dan menjelaskan strategi wacana akademik bidang sains dan teknologi (S&T) berbahasa Melayu di dalam jurnal berimpak tinggi. Kajian dibataskan kepada bahagian pengenalan wacana sahaja. Wacana akademik S&T dianalisis daripada dua dimensi, iaitu sifat kewacanaan dan ciri tekstual. Analisis kewacanaan akan menafsir sifat dan cara penghasilan bahagian pengenalan (teks) dari segi intertekstualiti dan kandungannya. Analisis dimensi tekstual pula akan menghuraikan pemanfaatan ciri tekstual wacana, iaitu proses dan jenisnya dalam ayat, penerang awal ayat dan jenisnya, modaliti dan jenisnya, jenis ayat, dan jenis tema. Daripada analisis dua dimensi tersebut diyakini strategi pengenalan wacana S&T dalam bahasa Melayu akan dapat dikenal pasti, dihurai, dan dijelaskan. Pengenalpastian, penghuraian, dan penjelasan strategi wacana akademik S&T akan memberi insight kepada ahli akademik S&T, sekaligus berpotensi mempertingkat penulisan bidang ini di jurnal berimpak tinggi
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)