Anda belum login :: 03 Jun 2025 18:10 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Bahasa Perancis Dalam Kalangan Pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institut (UNIKL MFI)
Oleh:
Shobehah
;
Subramaniam, Vijayaletchumy
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
KOLITA 11: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kesebelas, Jakarta,1-2 Mei 2013
,
page 181-186.
Topik:
strategi
;
pembelajaran
;
motivasi
;
bahasa asing
;
dan bahasa Perancis.
Fulltext:
BAHASA PERANCIS.pdf
(2.17MB)
Ketersediaan
Perpustakaan PKBB
Nomor Panggil:
406 KLA 11
Non-tandon:
1 (dapat dipinjam: 0)
Tandon:
1
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Kajian bahasa Perancis dalam kalangan pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) ini memfokuskan kepada strategi pembelajaran pelajar semester 1 Program Persediaan ke Negara Perancis (Pre- France) yang sedang mengikuti kursus intensif bahasa Perancis selama 2 tahun. Pelajar ini akan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di negara Perancis. Kajian ini dijalankan di UniKL MFI. Subjek kajian pula terdiri daripada 30 orang pelajar pelbagai kaum. Kaedah kajian adalah kajian lapangan, soal selidik dan kaedah kepustakaan. Alat kajian adalah soal selidik yang diubah suai dari “Version for speakers of other languages learning French Version 7.0 (ESL/EFL) ©R.L.Oxford, 1989”. Objektif kajian ini mengenal pasti strategi pembelajaran bahasa Perancis. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran adalah penting dalam pembelajaran bahasa asing. Pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran dan berusaha gigih untuk menguasai kemahiran bertutur dan menulis. Selain itu, faktor persekitaran iaitu belajar bahasa Perancis di Malaysia tidak menimbulkan masalah untuk menguasai bahasa itu dengan baik. Faktor limitasi ini turut menuntut pelajar meneroka strategi pembelajaran yang berkesan. Kelebihan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran tidak membataskan penguasaan bahasa asing dengan baik. Dapatan ini bercanggah dengan teori sosio-budaya Vygotsky. Kajian ini membantu pengajar bahasa asing melihat kepentingan strategi pembelajaran dan motivasi pelajar terhadap kecenderungan mempelajari bahasa asing.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0 second(s)