Anda belum login :: 13 Jun 2025 21:44 WIB
Detail
ArtikelTrait-Trait Personaliti Pelajar di Maktab Rendah Sains Mara, Terengganu  
Oleh: Zain, Siti Roslina Mohammad
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 583-591.
Topik: Trait Personaliti Pelajar
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelKajian ini dijalankan bagi mengenal pasti trait-trait personaliti pelajar. Dalam kajian ini penyelidik memilih teori trait personaliti yang dikemukakan Raymond Cattell (1950) sebagai model yang menumpukan perhatian kepada pengaruh trait ke atas pembentukan personaliti manusia. Di samping itu perbezaan antara trait-trait personaliti pelajar mengikut jantina juga dikaji. Penyelidikan ini dijalankan melalui pengumpulan data dari soal selidik ke atas 155 orang pelajar tingkatan satu di Maktab Rendah Sains MARA, Terengganu. Untuk tujuan ini penyelidik menggunakan soal selidik Inventori Personaliti Sidek (1998) dengan nilai standardized item alpha lebih daripada .95. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif termasuklah min, sisihan piawai dan peratusan. Manakala ujian-t digunakan bagi menguji perbezaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa trait-trait personaliti pelajar yang paling dominan ialah trait pencapaian, menolong, ketahanan dan struktur. Di samping itu dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait-trait personaliti pelajar mengikut jantina. Sehubungan dengan dapatan kajian yang diperoleh beberapa impikasi dan cadangan telah dikemukakan.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0 second(s)