Anda belum login :: 29 Apr 2025 20:17 WIB
Detail
ArtikelPengalaman Menghadiri Sesi Kaunseling Individu: Manfaat Terhadap Diri dan Praktis Profesional  
Oleh: Ahmad, Puteri Hayati Megat
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 552-565.
Topik: Manfaat; Praktis Profesional; Pembinaan Hubungan; Penstrukturan
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelTerdapat bukti kukuh mengenai pengaruh pengalaman menghadiri kaunseling individu terhadap perkembangan diri dan praktis profesional bagi pengamal kaunseling. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka manfaat yang didapati oleh bakal kaunselor menerusi pengalaman sesi kaunseling yang dihadiri oleh mereka. Manfaat yang diharapkan meliputi peningkatan kualiti diri sebagai kaunselor dan peningkatan praktis profesional seperti pembinaan hubungan, penstrukturan, pematuhan etika dan menjalankan sesi mengikut proses sesi kaunseling sebenar. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual semi- berstruktur dan analisis dokumen peribadi yang telah disediakan oleh subjek. Seramai 51 subjek telah terlibat dalam kajian ini di mana mereka telah menjalani sesi kaunseling sekurang-kurangnya tiga sesi dengan kaunselor berdaftar. Mempelajari kemahiran mengendalikan sesi kaunseling, lebih memahami proses dan mengalami perasaan sebagai klien adalah antara manfaat yang diperolehi oleh subjek kajian. Dapatan kajian juga menunjukkan meningkatnya kepekaan subjek terhadap aspek positif berkaitan praktis profesional seperti pembinaan hubungan, penstrukturan dan pematuhan etika semasa seis kaunseling.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)