Anda belum login :: 26 Jul 2025 14:18 WIB
Detail
ArtikelSenario Kemarahan Remaja: Satu Tinjauan Umum di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Selangor  
Oleh: Norisham binti Abd. Ghani
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 515-528.
Topik: Tinjauan kemarahan; dimensi kemarahan; Kekerapan kemarahan; Rangsang kemarahan; Indikator kemarahan
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelTujuan pertama kajian ini adalah untuk meninjau berapa kerapkah remaja berasa marah. Kedua, meninjau apakah kesan perlakuan yang wujud apabila remaja rasa marah. Persoalan pertama adalah untuk meninjau berapa kerapkah remaja berasa marah. Persoalan seterusnya adalah untuk melihat siapakah individu yang sering merangsang kemarahan remaja. Persoalan keempat pula untuk meninjau apakah perlakuan yang sering merangsang kemarahan remaja dan yang terakhir adalah untuk melihat apakah perasaan remaja selepas melepaskan kemarahan. Seramai 1162 orang responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu 552 orang responden lelaki dan 610 orang responden perempuan. Semua responden merupakan pelajar-pelajar di 10 buah sekolah menengah di Negeri Selangor. Alat kajian yang digunakan untuk menjalankan tinjauan ini adalah Soal Selidik Tinjauan Umum Kemarahan yang mengandung 38 item yang menjurus pada 5 dimensi iaitu menjawab persoalan-persoalan kajian di atas. Soal Selidik ini telah uji dan mempunyai kesahan alpha Cronbach yang tinggi iaitu .8012. Hasil dapatan kajian ini telah memberikan panduan untuk dijadikan indikator senario kemarahan remaja.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0 second(s)