Anda belum login :: 12 Jun 2025 13:30 WIB
Detail
ArtikelKecuaian Ibu Bapa terhadap Kanak-Kanak: Apa Peranan Kaunselor?  
Oleh: Ishak, Noor Azniza ; Mustaffa, Jamaludin ; Shaari, Azemi ; Hamid, Kamal Ab ; Ismail, Nur Qurratul' Aini ; Hamzah, Mohd Hilmi
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 483-487.
Topik: Kanak-Kanak; Kecuaian; Kaunselor
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelAnak-anak adalah amanah dari Allah SWT adn sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Kebelakangan ini kes penculikan kanak-kanak telah menjadi perhatian masyarakat. Ramai pihak menunding jari menyalahkan ibubapa di atas kecuaian mereka menyebabkan penculikan ini. Masalah penculikan kanak-kanak tidak lagi mengenal kedudukan, pangkat serta kekayaan sesebuah keluarga miliki. Senario menculik kanak-kanak dan meminta wang tebusan bukan lagi satu fakta yang harus diikuti kerana ianya kini sudah berubah. Oleh itu, pelbagai tindakan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah penculikan dari terus berleluasa. Dalam menangani isu penculikan kanak-kanak, pihak polis dan komuniti turut mempunyai peranan yang amat penting. Pasukan polis dan pihak berkuasa undang-undang yang lain mesti menimbangkan keperluan untuk membentuk pasukan petugas khas bagi menangani kes kanak-kanak hilang. Mereka benar-benar perlu mendapatkan profesional yang berkelayakan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan petugas khas bagi mengekang isu yang amat serius ini. Tambahan lagi, semakin ramai yang berpendapat bahawa pengawasan komuniti adalah berazaskan kepada pendekatan "mengenal pasti dan membetulkan" dalam usaha menyelesaikan masalah. Strategi ini adalah berasaskan kerjasama antara polis dan komuniti untuk mencegah dan menangani jenayah. Justeru itu perbincangan tentang kes-kes yang berlaku serta peranan kaunselor dalam membantu ibu bapa dan komuniti dalam mengurangkan kes-kes yang melibatkan kecuaian ini perlu diperluaskan agar semua pihak dapat menyokong usaha untuk mengurangkan jenayah ini di Malaysia.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0 second(s)