Anda belum login :: 09 May 2025 09:17 WIB
Detail
ArtikelKreativiti: Efikasi Kendiri Kreatif dan Pengamalan Kretiviti dalam Kalangan Mahasiswa  
Oleh: Hanis, Najwa
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 476-482.
Topik: Pemikiran Kreatif; Efikasi Kendiri Kreatif; Pengamalan Kreativiti; Faktor-Faktor Pencetus; Kredentialiti Mahasiswa
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelPendidikan berperanan penting dalam kehidupan seharian kerana hasil sesuatu pendidikan berfokus kepada perubahan dalam masyarakat. Proses pendidikan yang berlaku akan menggalakkan individu berfikir untuk membuat perubahan dalam kehidupan seharian. Setiap individu berupaya menjana pemikiran kreatif dan bergantung kepada diri setiap individu untuk meneroka potensi yang dimiliki atau tidak. Potensi kreatif yang dimiliki dapat diertikan tentang perasaan individu itu sendiri terhadap keupayaan diri untuk menjadi kreatif. Keupayaan seseorang pelajar berfikir secara kreatif akan mempengaruhi cara dan keberkesanan pembelajarannya. Efikasi kendiri kreatif dan pengamalan kreativiti oleh pelajar dalam kehidupan seharian akan memacu hala tuju kualiti hidup mereka. Antara teori yang digunakan bagi memperjelas tentang kreativiti ialah teori kreativiti Sternberg, dan teori Gestalt. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti efikasi kendiri kreatif dan pengamalan kreativiti oleh mahasiswa dalam persekitaran kampus. Antara faktor yang dikenal pasti mencetuskan kreativiti ialah faktor diri sendiri dan persekitaran. Oleh itu, kajian mengenai efikasi kendiri kreatif dan pengamalan kreativiti dalam kalangan mahasiswa perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti sejauh manakah kredentialiti mahasiswa dalam membudayakan kreativiti dalam kehidupan.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.03125 second(s)