Anda belum login :: 29 Apr 2025 17:33 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dalam Mengatasi Masalah Remaja di Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin: Tumpuan Kepada Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Rukaiyah. SG.Merab. Selangor
Oleh:
Nafisah
;
Kurais, Abd Rahman Hj.
;
Hasnah, Datin
;
Rahman, Masyitah Abd.
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection
,
page 469-475.
Topik:
Bimbingan dan Kaunseling
;
Masalah Remaja
;
Pusat Jagaan Ana Yatim/Miskin
Ketersediaan
Perpustakaan PKPM
Nomor Panggil:
159.07 (061) PRO
Non-tandon:
1 (dapat dipinjam: 0)
Tandon:
tidak ada
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Kertas kerja inicuba memahamkan peri pentingnya Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dijalankan di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin. Kajian ini dijalankan di Pusat Jagaan Anak Yatim, tempat pengkaji menjalankan kerja sukarela dan menganggotai Jawatankuasa institusi ini. Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Rukaiyah adalah salah satu-satunya Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin di bawah kelolaan NGO Islam yang didirikan pada tahun 2007. Jumlah penghuni 30 orang, terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dari pelbagai latar belakang. Secara umumnya mereka adalah anak yatim piatu, anak yatim dan pelajar miskin. Masalah yang dihadapi mereka adalah berbeza seperti akademik, komunikasi, perhubungan sosial, kesihatan, kewangan dan kes-kes disiplin. Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling pula telah diwujudkan sejak tahun 2007, tetapi tumpuannya hanyalah kepada program motivasi dan program bina Insan sahaja. Mulai tahun 2011 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling memberikan perkhidmatan yang lebih luas, dengan memberikan sesi kaunseling individu, sesi kelompok dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang telah diterapkan dengan asas kerohanian dan juga program-program motivasi dan bina insan yang dijalankan oleh pengkaji dengan dibantu oleh warden-warden. Allah telah mengingatkan kita bahawa banyak umat terdahulu hancur kerana tidak mahu memuliakan anak yatim (lihat surah Al Fajr(89): 17-20. Kehancuran yang sama akan menimpa kita jika kita tidak perihatin terhadap nasib anak yatim. Justeru itu, pengkaji rasa terpanggil untuk menjalankan kerja-kerja sosial bagi membantu anak-anak yatim berdasarkan kemahiran yang ada pada pengkaji, iaitu sebagai pendidik dan Guru Bimbingan Kaunseling Cemerlang serta Kaunselor Berdaftar. Anak-anak di PJAYM Rukiyah memerlukan pendidikan, bimbingan kerohanian dan belaian kasih sayang serta bantuan kewangan dari orang-orang yang lebih tua darinya iaitu warden dan sukarelawan. Berdasarkan hasil temubual dan soalselidik setiap kali selesai program yang diadakan pada setiap bulan dan setiap cuti sekolah serta jadual harian PJAYM Rukaiyah kepada pelajar, didapati program-program yang dijalankan dapat memberi kesedaran dan membantu pelajar mengenali diri mereka. Bagi kajian ini, pengkaji menjalankan kajian kes kepada dua orang pelajar yang telah tinggal di PJAYM Rukaiyah sejak tahun 2009, seorang pelajar perempuan (yatim) dan seorang pelajar lelaki (yatim piatu. Agar pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ini boleh dimanfaatkan bukan hanya oleh penghuni PJAYM Rukaiyah saja, namun boleh juga dimanfaatkan oleh penghuni di pusat jagaan lain, di seluruh Malaysia, maka diperlukan kajian dan analisis keperluan B & K. Di samping itu, diperlukan sokongan dari semua pihak, terutama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0 second(s)