Anda belum login :: 17 Apr 2025 05:58 WIB
Detail
ArtikelIdentiti Kaunselor dalam Kalangan Kaunselor Berdaftar di Malaysia Mengikut Model Ekspresi Identiti Profesional  
Oleh: Fauzi, Mohd ; Jazimin, Ahmad
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 463-468.
Topik: Identiti Kaunselor; Identiti Profesional
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelBidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia kini sudah menuju ke tahap matang di mana boleh dikatakan sudah setanding dengan bidang profesional yang lain yang telah lama wujud di Malaysia. Keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga semakin meluas. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini sudah menjadi satu keperluan di dalam agensi kerajaan, agensi swasta dan organisasi-organisasi yang bermotifkan kebajikan. Hal ini telah menunjukkan bahawa Lantaran itu, bagi memantapkan lagi tahap profesional kaunselor-kaunselor di Malaysia, identiti profesional dalam kalangan kaunselor berdaftar harus bersumberkan kepada rangka model yang jelas. Identiti kaunselor perlu dibangunkan bagi membentuk satu identiti profesional yang unggul setanding dengan badan profesional yang lain. Pembentukan identiti ini juga berperanan untuk memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat Malaysia tentang keprofesionalisma bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan sekaligus membantu memberi keyakinan kepada setiap rakyat Malaysia tentang kepentingan perkhidmatan ini dalam kehidupan seharian tidak kira usia sama ada kanak-kanak, orang dewasa dan juga warga tua. Lantaran itu, pengkaji telah memilih Model Ekspresi Identiti Profesional Kaunselor yang telah dikemukakan oleh Boyer (1990), untuk mengenal pasti identiti profesional dalam kalangan kaunselor berdaftar di Malaysia. Model Ekspresi Identiti Profesional menjelaskan kaunselor boleh mengkonsepsikan kes mengikut konteks melalui aplikasi, penemuan, pengajaran dan penyatuan. Diharapkan Kajian ini dapat membuktikan bahawa sejauh mana identiti kaunselor mempunyai persamaan atau perbezaan dengan Model Ekspresi Identiti Profesional.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0 second(s)