Anda belum login :: 05 Jul 2025 00:09 WIB
Detail
ArtikelOrientasi Perkhidmatan Kaunseling Penyalahgunaan Dadah di Malaysia: Klinik Cure & Care 1 Malaysia  
Oleh: Chong, Ibrahim Maclean
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 413-418.
Topik: Orientasi; Kaunseling Penyalahgunaan Dadah; Klinik Cure & Care 1 Malaysia
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelSelepas serangan ideologi komunis di Malaysia, masalah dadah merupakan musuh no. 1 di Malaysia sehinggalah sekarang yang memakan masa selama 50 tahun lamanya. Pelbagai usaha dan rancangan telah dijalankan untuk mengatasi dan mengurangkan permasalahan tersebut, namun masalah dadah di Malaysia diuji pula dengan dadah sintetik yang semakin menguasai pasaran gelap dadah. Selaras dengan hasrat kerajaan dalam melaksanakan Government Transformation Program (GTP), Agensi AntiDadah Kebangsaan, Malaysia (AADK) telah mengambil langkah proaktif untuk melakukan transformasi dalam mencegah dan merawat permasalahan dadah di Malaysia. Program yang dikenali sebagai Klinik Cure & Care 1 Malaysia telah diperkenalkan sempena menggantikan Pusat Serenti yang mempraktiskan pendekatan Therapeutic Community (TC) berbanding Klinik C&C yang lebih menekankan aspek kesukarelaan dalam merawat masalah trigger dan relapse di kalangan penagih dadah opiate. Model C&C merupakan satu model rawatan dan pemulihan yang komprehensif yang mengandrungi gabungan komponen model dan teori rawatan dan pemulihan yang telah dibuktikan secara saintifik (evidence based practiced) yaitu Pharmachotherapy, Teori Cognitive Behavior Therapy, Motivational Approach dan Intensive Outpatient Matrix Treatment Model. Kesesuaian tempoh seseorang klien mendapatkan rawatan dan pemulihan adalah bergantung kepada tahap kebergantungan terhadap dadah dan keperluan mereka berdasarkan penilaian yang dilakukan kepada klien. Model C&C dibangunkan bagi klien yang menjalani rawatan dan pemulihan untuk tempoh 1-3 bulan bagi kllien residential dan 4-6 bulan bagi klien outpatient. Kajian mendapati klien haruslah berada di dalam program pemulihan sekurang-kurangnya 90 hari bagi residential dan 4-6 bulan bagi klien outpatient. Kajian mendapati klien haruslah berada di dalam program pemulihan sekurang-kurangnya 90 hari bagi residential program dan 4-6 bulan untuk program aftercare.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0 second(s)