Anda belum login :: 09 May 2025 09:23 WIB
Detail
ArtikelHubungan Inovasi dan Kreativiti dalam Kalangan Pelajar Sains Sekolah Menengah  
Oleh: Sakina, Arie
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 393-399.
Topik: Inovasi; Kreativiti; Motivasi; Efikasi Kendiri; Stail Kognitif; Pendidikan Abad ke 21; Konstruktivism; Teori Difusi
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelKajian ini membincangkan kecenderungan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar sains sekolah menengah. Tujuan penulisan ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana pelajar sains cenderung untuk bersikap kreatif dan inovatif dalam kehidupan seharian serta mengenal pasti pengaruh kreativiti dan inovasi dalam pembelajaran pelajar sains dalam amalan pembelajaran masing-masing. Pengertian kreativiti dan inovasi dikenalpasti dalam kalangan pelajar. Faktor-faktor yang mempengaruhi amalan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar. Fokus dalam kajian ini ialah untuk menimbulkan persoalan terhadap ibu bapa, guru-guru dan masyarakat tentang kepentingan amalan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar masa kini yang berguna dalam menyediakan diri pelajar menghadapi cabaran abad ke 21 kelak. Pencapaian pelajar dalam menghasilkan kreativiti dan inovasi dengan faktor-faktor tertentu adalah penunjuk aras kepada tujuan kajian. Selain daripada itu, kajian yang lebih terperinci harus dilakukan ke atas masalah-masalah pelaksanaan dan pengukuhan kreativiti dan inovasi dalam sekolah supaya penambahbaikan dapat dilakukan demi standar pendidikan yang relevan dengan permintaan semasa. Instrumen kajian ialah salah satu set soal selidik yang mengandung item-item yang diubahsuai dari kajian-kajian lepas dan juga dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan bahan rujukan yang berkaitan. Reka bentuk kajian ini dipilih karena bersesuaian dengan pembolehubah dan faktor-faktor dalam kajian.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.03125 second(s)