Anda belum login :: 03 Jun 2025 06:46 WIB
Detail
ArtikelPenguasaan aspek sosiolinguistik dalam kalangan murid-murid multilingual di malaysia  
Oleh: Ibrahjim S., Che
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 6: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya: Tingkat Internasional, Jakarta 12-13 Mei 2008, page 280.
Fulltext: penguasaan aspek sosiolinguistik.pdf (171.74KB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 6
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 1)
    • Tandon: 1
   Reserve Lihat Detail Induk
Isi artikelBahasa Melayu mempunyai hubungan yang erat dan sukar dipisahkan dengan budaya bangsa Melayu. Oleh itu, dalam pembelajaran bahasa, pengetahuan linguistik dan kemahiran sosiobudaya sebenarnya penting diterapkan supaya pelajar dapat menguasai bahasa yang dipelajari bersama-sama dengan rumus sosiobudaya yang ada dalam bahasa Melayu. Hal ini penting kerana penguasaan bahasa yang mantap membolehkan penutur itu berinteraksi ataupun berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan dapat diterima sebagai sebahagian daripada ahli komuniti bahasa berkenaan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan mengenal pasti aspek sosiolinguistik yang belum dan telah dikuasai oleh muridmurid sekolah yang multilingual di Malaysia, membincangkan kepentingan pengetahuan sosiolinguistik diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi melahirkan pelajar yang dapat menguasai kecekapan linguistik dan kecekapan sosiobudaya kerana kedua-dua fenomena ini saling berkaitan. Aspek sosiolinguitik yang akan dikaji ialah penggunaan bahasa dalam proses sosialisasi serta aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa yang diamalkan ketika berinteraksi dengan ahli masyarakatnya. Data kajian dianalisis menggunakan pendekatan sosiopragmatik.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0 second(s)