Anda belum login :: 03 Jun 2025 07:07 WIB
Detail
ArtikelPembentukan Kata Bahasa Melayu: Bombastik atau Jatidiri  
Oleh: Radzi, Marishon
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 6: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya: Tingkat Internasional, Jakarta 12-13 Mei 2008, page 1-8.
Fulltext: pembentukan kata bahasa melayu.pdf (249.37KB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 6
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 1)
    • Tandon: 1
   Reserve Lihat Detail Induk
Isi artikelMakalah ini bertujuan membincangkan pembentukan kata bahasa Melayu iaitu satu proses tentang cara bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa. Aspek ini tercakup di bawah bidang morfologi, iaitu satu bidang yang membicarakan tentang bentuk dan penggolongan kata serta proses-proses morfologi. Terdapat pakar bahasa yang menyokong pembentukan kata kerana penggunaannya telah mantap dan semakin meluas diguna pakai kerana faktor singkat dan mudah diingat sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Sekiranya penggunaan pembentukan kata seperti akronim dan singkatan sudah menjadi meluas dan popular penggunaannya, sewajarnya, difikirkankan juga lebih jauh, bagaimanakah pembentukan kata itu mampu membawa bersama jati diri bahasa dan bangsa yang menggunakannya. Makalah ini terhasil melalui kajian berasaskan soal selidik kepada masyarakat umum. Justeru, hasil penganalisisan data akan mengenal pasti sejauh mana masyarakat memahami dan menerima pembetukan kata yang bersifat jati diri seperti KEKWA - Kementerian Kesenian dan Warisan, IKMAS – Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsa. Sebaliknya, terdapat juga pembentukan kata yang bersifat bombastik sahaja seperti KLIA – Kuala Lumpur International Airport dan SERI - Solar Energy Research Institut yang berdasarkan singkatan daripada perkataan Inggeris tetapi digunakan dalam konteks Bahasa Melayu.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)