Anda belum login :: 27 Nov 2024 04:29 WIB
Detail
ArtikelAlat bantu mengajar: penggunaan boneka  
Oleh: Bustam bin Kamri
Jenis: Article from Journal - ilmiah internasional
Dalam koleksi: Jurnal Dewan Bahasa vol. 34 no. 2 (Feb. 1990), page 125-135.
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 405/JDB/34
    • Non-tandon: tidak ada
    • Tandon: 1
 Lihat Detail Induk
Isi artikelKurikulum baru sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum baru sekolah menengah (KBSM) yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini bertujuan menjadikan pelajar manusia yang berilmu, berakhlak tinggi dan kreatif. Dengan itu, pelbagai cara diwujudkan supaya situasi belajar menjadi menarik dan pelajar pula tidak akan merasa jemu menimba ilmu. Zaman guru memperagakan 'one-man show' di depan bilik darjah sudah berlalu dalam pendidikan kita. Pendidikan dan pengajaran sekarang mementingkan interaksi yang aktif di antara semua pihak yang terlibat. Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa, berbagai alat bantu dirancangkan demi mencapai matlamat pengajaran dan untukmembolehkan pelajar melibatkan diri secara aktifdan maksimum. Perancang pendidikan yakin bahawa penglibatan pelajar yang aktif akan mendatangkan kesan pengajaran yang baik kepada mereka. Dalam makalah ini, penulis membincangkan tentang penggunaan boneka sebagai alat bantuan dalam pengajaran bahasa Malaysia. Huraian yang diberikan merupakan huraian yang autentik kerana penulis memang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)