Anda belum login :: 23 Nov 2024 00:25 WIB
Detail
ArtikelStruktur dan unsur estetika dalam mantera kaul melanau di mukah  
Oleh: Hui, Pan ; Shin, Chong
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 17: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Ketujuh Belas Tingkat Internasional, page 365-369.
Topik: Mantera; Kebudayaan; Melanau; Kaul; Struktur; Estetika
Fulltext: 365-369.Pan Hui, Chong Shin.pdf (364.0KB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 17
    • Non-tandon: tidak ada
    • Tandon: 1
 Lihat Detail Induk
Isi artikelSuku Melanau di Sarawak merupakan salah satu suku peribumi yang berdepan dengan ancaman kepunahan kebudayaan tradisional akibat beberapa faktor seperti urbanisasi, Islamisasi dan sebagainya. Aspek kebudayaan mereka, walaupun telah banyak diteliti sebelum ini namun masih terdapat lompong-lompong ilmu yang perlu diisi dan diperhalusi. Kajian ini berfokus pada mendeskripsi dan menganalisis mantera yang dibacakan semasa upacara memuja laut, iaitu upacara Kaul. Di daerah Mukah, Kaul diadakan oleh suku Melanau pada setiap bulan April, iaitu di akhir musim tengkujuh. Upacara ini diadakan untuk meminta Ipok-ipok (dewa laut) memberkati rezeki penduduk Melanau supaya makmur dari segi hasil penangkapan laut dan pertanian pada musim yang baru. Hasil kajian mendapati bahawa struktur binaan mantera kaul mempunyai struktur yang sistematik dan tersusun dengan bermula dari kata pembuka, ucapan mempelawa Ipok-Ipok (dewa laut) menjamu selera, menyatakan permintaan dan penutup mantera. Analisis terhadap kandungan mantera didapati bahawa mantera ini kaya dengan ciri estatika kesusasteraan, misalnya mengandungi alusi, anaphora, repeten, epifora dan hiperbola.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)