Anda belum login :: 23 Nov 2024 00:36 WIB
Detail
ArtikelBahasa halus masyarakat Melayu dan Iban sebagai strategi kesantunan dalam konteks silang budaya  
Oleh: Wahab, Hamidah Abdul ; Kamil, Siti Marina ; Mustafa, Rosnah ; Gedat, Remmy ; Osman, Wan Robiah Hj. Meor
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 15 : Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kelima Belas, page 514-518.
Topik: bahasa halus; dialek Melayu Sarawak; Iban; silang budaya
Fulltext: 514 Hamidah Abdul Wahab, Siti Marina Kamil, Rosnah Mustafa, Dr. Remmy Gedat & Wan Robiah Hj. Meor Osman - OK.pdf (273.08KB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 15
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 1)
    • Tandon: 1
   Reserve Lihat Detail Induk
Isi artikelBahasa umumnya dapat merepresentasi identiti dan budaya masyarakat penutur. Dalam konteks Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, aspek kesantunan bahasa bukan sahaja diterapkan dalam kehidupan harian bagi menjaga keharmonian, malah dapat mencerminkan keperibadian dan budi bahasa sesebuah masyarakat. Penekanan aspek ini juga dilihat amat penting sejajar dengan penerapannya menerusi prinsip kelima dalam rukun negara Malaysia, iaitu kesopanan dan kesusilaan. Meneliti usaha pihak berwajib dalam mengangkat kesopanan dalam agenda kebangsaan, penyelidikan berkaitan kesopanan bahasa dapat dijadikan satu titik tolak kepada penyerlahan budaya masyarakat dan wajar diketengahkan menerusi penyelidikan ilmiah. Dalam hal ini, sungguhpun bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi dan digunakan secara meluas oleh seluruh warganya, bahasa-bahasa sukuan tetap digunakan dalam komunikasi seharian. Di Sarawak misalnya, dialek Melayu Sarawak dan bahasa Iban merupakan medium perhubungan yang utama lantaran kedua-dua masyarakat ini merupakan antara kaum majoriti. Dalam konteks silang budaya, masyarakat Melayu dan Iban secara am mempunyai pengetahuan, pengalaman, latar belakang, dan kepercayaan yang berbeza, maka wujud pengaruh yang berbeza dalam cara berbahasa bagi penutur. Menerusi kajian ini, bahasa halus yang digunakan oleh penutur Melayu Sarawak dan Iban akan diteliti sebagai satu strategi kesantunan dalam komunikasi. Bahasa halus atau eufemisme merupakan bentuk bahasa kiasan yang dapat digunakan untuk merujuk sesuatu perkara dengan tujuan memberikan kesan makna yang baik, terutamanya perkara atau hal yang diperkatakan itu bersifat buruk, kasar, tabu, dan seumpamanya. Beberapa domain difokuskan dalam kajian ini, antaranya kewanitaan (haid, kehamilan dan kelahiran), hubungan suami isteri (kecurangan dan perceraian), dan kematian. Kaedah lapangan dijalankan di daerah Kuching dan Samarahan melibatkan 10 orang informan bagi mendapatkan data eufemisme yang wujud dan digunakan dalam kedua-dua masyarakat. Kajian ini dijangka dapat memperjelas aspek bahasa halus dalam masyarakat Melayu dan Iban dari perspektif yang lebih menyeluruh, iaitu dari sudut jenis, bentuk, fungsi, dan faktor penggunaannya dalam komunikasi silang budaya. Kajian ini dapat menunjukkan variasi bahasa santun dalam dua kaum utama di Sarawak, selain memaparkan kepentingan kesantunan dalam kehidupan, seperti yang ditekankan dalam dasar negara.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.046875 second(s)