Anda belum login :: 23 Nov 2024 05:10 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Penan di Bintulu dan Miri: satu kajian awal
Oleh:
Gedat, Remmy
;
Osman, Wan Robiah Meor
;
Kamil, Siti Marina
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
KOLITA 15 : Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kelima Belas
,
page 476-479.
Topik:
Penan
;
Etnography
;
Sarawak
;
Bintulu
;
Mir
Fulltext:
476 Remmy Gedat, Wan Robiah Meor Osman, Siti Marina Kamil - OK.pdf
(255.22KB)
Ketersediaan
Perpustakaan PKBB
Nomor Panggil:
406 KLA 15
Non-tandon:
1 (dapat dipinjam: 1)
Tandon:
1
Reserve
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Di Sarawak, terdapat kepelbagaian suku yang menjadikannya sebagai sebuah negeri yang amat unik di dalam Malaysia. Suku Iban merupakan suku yang terbesar di Sarawak, diikuti Melayu dan Cina. Secara keseluruhan, Sarawak memiliki lebih daripada 40 suku yang mendiaminya. Suku Penan merupakan salah satu suku minoriti yang mendiami Sarawak. Suku ini tergolong dalam keluarga besar yang diberikan nama sebagai Orang Ulu yang merujuk kepada lokasi tempat tinggal mereka yang berada di hulu sungai. Suku ini kebanyakannya tinggal di bahagian tengah dan Utara Sarawak iaitu di Bintulu dan Miri. Sebahagian daripada suku Penan masih mengamalkan cara hidup nomadik atau semi-nomadik dan sekumpulan lagi hidup menetap di suatu penempatan yang kekal. Daripada perspektif pengkaji-pengkaji lepas, suku ini terbahagi kepada dua penamaan iaitu ‘Penan Timur’ dan ‘Penan Barat’. Jika dilihat dari kedudukan geografi, ‘Penan Timur ialah Penan di kawasan Bintulu manakala ‘Penan barat’ ialah suku Penan di kawasan Miri. Kajian ini merupakan satu kajian etnografi dan metodologi penelitiannya ialah participan observasi iaitu pengkaji sendiri turun ke lapangan dan tinggal bersama suku Penan. Kampung Penan Batu 121/2 Jalan Bintulu-Miri dan Kampung Long Latei’, Marudi Miri telah dipilih sebagai lokasi kajian. Tujuan utama penulis ke lapangan adalah untuk meneliti sendiri gaya hidup dan sekaligus mengetahui kepercayaan, penggunaan bahasa dan tingkah laku serta adaptasi suku ini kepada persekitaran mereka.Pengkaji mendapati Suku Penan di bahagian Bintulu hampir tidak lagi menuturkan Bahasa Penan, malah menjadikan bahasa Vaie sebagai bahasa ibunda. Bahasa Vaie merupakan bahasa yang dituturkan oleh orang Vaie di Bintulu.Terdapat peralihan bahasa yang amat ketara berlaku ke atas suku Penan di Bahagian Bintulu iaitu daripada bahasa Penan ke bahasa Vaie. Dapat disimpulkan di sini, Suku Penan di Bintulu menggunakan bahasa Vaie sebagai bahasa ibunda, dan memeluk agama Islam. Manakala, suku Penan di bahagian Miri, masih menuturkan bahasa Penan dan kebanyakannya beragama Kristian. Gaya hidup kedua-dua suku Penan di Miri dan Bintulu juga berbeza.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0.03125 second(s)