Anda belum login :: 23 Nov 2024 05:45 WIB
Detail
ArtikelPeluasan makna kata nama kulit dalam kajian semantik dan pragmatik berdasarkan sistem korpus berkomputer  
Oleh: Yusof, Abdullah ; Shaari, Mohd Ra'in ; Sulong, Mohd Sholahuddin
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 15 : Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kelima Belas, page 300-304.
Topik: data korpus; makna; konteks; kesan konteks; kos memproses
Fulltext: 300 Abdullah Yusof, Mohd Ra’in Shaari, Mohd Sholahuddin Sulong-OK.pdf (325.46KB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 15
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 1)
    • Tandon: 1
   Reserve Lihat Detail Induk
Isi artikelKajian ini dijalankan untuk menganalisis makna kata nama ‘kulit’ dalam kajian semantik dan pragmatik. Abdullah Yusof (2009) menyatakan bahawa Kamus Dewan telah digunakan secara meluas sama ada di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi serta jabatan dan agensi kerajaan. Di peringkat akademik, kamus tersebut telah menjadi rujukan asas kepada para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu setelah sekian lama. Pelajar dan guru terutamanya lebih cenderung untuk melihat dan merujuk hukum atau peraturan tatabahasa dan juga makna perkataan dalam kamus ini. Kecelaruan dari segi tatacara penggunaan dan hukum-hukum yang terkandung dalam kamus ini terutama dalam memerikan makna perkataan atau entri menyebabkan kamus kurang dapat menjelaskan makna secara berpada. Hal ini menimbulkan kekeliruan terhadap pengguna dan juga pengkaji bahasa. Oleh sebab itu, pengkaji ingin melihat peluasan perkataan ‘kulit’ menggunakan Sistem Data Korpus Berkomputer yang memberikan fenomena yang berbeza dari segi semantik dan pragmatik. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti peluasan makna yang berlaku pada perkataan ‘kulit’ berdasarkan ayat yang diperoleh menggunakan Sistem Data Korpus Berkomputer yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tujuan seterusnya ialah untuk mengenal pasti perbezaan fungsi penggunaan perkataan ‘kulit’ menggunakan Sistem Data Korpus Berkomputer. Mengenal pasti peluasan makna yang berlaku pada kata ‘kulit’ menggunakan analisis komponen makna dan teori Relevans. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan.Kajian ini menggunakan data yang diperoleh daripada sistem data korpus berkomputer Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Data korpus yang diperoleh melalui atas talian akan dianalisis berdasarkan konteks penggunaan kata kulit mengikut pecahan konteks. Data yang telah siap dikategorikan mengikut konteks akan dianalisis bersandarkan teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (2007). Teori ini mempunyai tiga prinsip yang utama iaitu konteks, kesan konteks dan kos memproses. Dapatan kajian ini mendapati kata kulit digunakan dalam pelbagai konteks kehidupan meliputi konteks bangsa, haiwan, kesenian, anggota badan, tumbuhan, buahan, sayuran, penyakit, bahan bacaan, ilmu sains, dan warna.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)