Anda belum login :: 24 Nov 2024 02:10 WIB
Detail
ArtikelKe Arah Pembangunan Mampan Setempat: Pelaksanaan Local Agenda 21 oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia  
Oleh: Ahmad, Abdul Halim ; Khalid, Mohamad Sukeri Bin ; Pon, Yusuf Bin
Jenis: Article from Journal - ilmiah nasional - terakreditasi DIKTI
Dalam koleksi: SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan vol. 6 no. 2 (Nov. 2013), page 209-222.
Topik: Local agenda 21; jawatankuasa LA21; kerjasama lestari; pembangunan mampan setempat; dan kelewatan pelaksanaan dasar.
Fulltext: 09.sukeri.cs_.sosio_.her.ok_.pdf (385.5KB)
Isi artikelKerajaan Malaysia, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), telah memperkenalkan dasar pelaksanaan Local Agenda 21 (LA21) mulai tahun 2000, dengan manjadikan empat buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai perintis pelaksanan LA21. Tujuan utama pelaksanaan LA21 di peringkat PBT ialah untuk memastikan usaha ke arah pembangunan mampan di peringkat setempat berjaya dilaksanakan dengan kerjasama lestari di antara tiga pihak, iaitu PBT, masyarakat setempat, dan sektor swasta. Bagi merealisasikan dasar ini, KPKT pada tahun 2004 telah mengarahkan kesemua PBT di Malaysia untuk mewujudkan Jawatankuasa LA21 masing-masing dan merangka program pelaksanaannya. Namun, sehingga tahun 2011, masih terdapat PBT yang gagal merealisasikan dasar ini. Rentetan daripada masalah ini, kajian yang dijalankan berasaskan kajian kes di Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Kedah adalah bertujuan mengenalpasti apakah faktor penyumbang kepada masalah kelewatan pelaksanaan LA21. Data kajian dikumpul melalui pendekatan temubual bersemuka bersama Pegawai LA21 dan Ahli Jawatankuasa LA21. Dapatan kajian mendapati bahawa punca kelewatan pelaksanaan dasar LA21 adalah kerana kekurangan maklumat berkaitan pelaksanaan LA21, kekurangan komitmen kakitangan PBT, masalah kekurangan peruntukan, dan masalah tidak mendapat kerjasama daripada pihak masyarakat setempat dan sektor swasta.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0 second(s)