Anda belum login :: 17 Feb 2025 11:24 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21: Isu dan Cabaran di Brunei Darussalam
Oleh:
Tengah, Ampuan Haji Brahim Bin Ampuan Haji
Jenis:
Article from Journal - ilmiah nasional - terakreditasi DIKTI
Dalam koleksi:
SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan vol. 6 no. 2 (Nov. 2013)
,
page 197-208.
Topik:
Sistem pendidikan negara
;
Brunei Darussalam
;
Melayu Islam Beraja
;
identiti bangsa
;
abad ke-21
;
serta isu dan cabaran semasa.
Fulltext:
08.ampuan.sosio_.her.pdf
(129.9KB)
Isi artikel
Perubahan dasar pendidikan sesebuah negara dilakukan adalah bagi meningkatkan kebolehan dan kemahiran sumber tenaga manusia serta perkembangan dan kemajuan negara berkenaan. Sistem Pendidikan Bersepadu di Negara Brunei Darussalam, yang ingin menggabungkan mata pelajaran umum (sekular) dengan agama, yang diolah dalam satu jadual waktu persekolahan, adalah gagal disebabkan oleh banyak faktor. Oleh itu, wujud satu pemikiran untuk merancang dan memberikan sistem pendidikan yang lebih baik sesuai dengan keperluan semasa. Makalah ini akan membincangkan SPN21 (Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21) di Brunei Darussalam dengan penumpuan kepada falsafah negara MIB (Melayu Islam Beraja). Perkara yang akan disentuh adalah mengenai tujuan dan matlamat SPN21 dengan kerangka kurikulumnya, kedudukan Melayu Islam Beraja, serta isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh SPN21. Di akhir perbincangan akan dapat diketahui tujuan dan matlamat SPN21, iaitu bagi menyediakan pendidikan berkualiti dan serba lengkap bagi mencapai pontensi yang penuh bagi semua rakyat Brunei Darussalam. Mata pelajaran Melayu Islam Beraja telah dijadikan sebagai mata pelajaran teras, bersama-sama dengan Bahasa Melayu, Pengetahuan Ugama Islam, Matematik, dan Sains. Antara isu dan cabaran yang dihadapi adalah dari segi memperkukuhkan falsafah negara Melayu Islam Beraja itu sendiri, khususnya penggunaan Bahasa Melayu, dan kekurangan guru-guru serta buku-buku mengenai falsafah negara tersebut.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0.015625 second(s)