Anda belum login :: 23 Nov 2024 05:11 WIB
Detail
ArtikelHubungan Kampong Ayer dengan Kota Batu: Pusat Perdagangan dan Petempatan Penduduk pada Zaman Tradisi Brunei  
Oleh: Bakar, Haji Tassim Bin Haji Abu
Jenis: Article from Journal - ilmiah nasional - terakreditasi DIKTI
Dalam koleksi: SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan vol. 6 no. 2 (Nov. 2013), page 125-132.
Topik: Pusat pentabiran; Kampong Ayer; Kota Batu; perdagangan; petempatan penduduk; zaman tradisi Brunei; dan Sultan Brunei.
Fulltext: 02.tassim.sosio_.her.pdf (342.86KB)
Isi artikelKerajaan Brunei merupakan sebuah empayar yang luas dan tertua di kepulauan Borneo. Pusat pemerintahan Kerajaan Brunei terletak di Bandar Brunei lama yang dikenali sebagai Kampong Ayer. Faktor mencari petempatan yang lebih strategik telah menjadi punca berlakunya perpindahan. Perpindahan pada peringkat awal lebih tertumpu di Teluk Brunei, kerana dilihat sebagai kawasan yang strategik dari segi pertahanan dan petempatan. Raja Brunei terdahulu lebih suka berpindah-pindah, sehingga menemui tempat yang lebih sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran dan perdagangan. Akhirnya, Kampong Ayer dan Kota Batu dijadikan petempatan bagi para pembesar Brunei yang telah membawa bersama pengikut-pengikutnya untuk menjadi pengawal peribadi mereka. Kertas kerja ini mahukan membincang hubungan antara Kampong Ayer dengan Kota Batu sebagai pusat pentadbiran pada zaman tradisi di Negeri Brunei. Di Kota Batu ini, umpamanya, telah dibina istana, masjid, dan pusat pendidikan yang bersesuaian dengan zaman tersebut bagi memudahkan interaksi Raja dengan rakyat dalam bentuk pentadbiran. Kota Batu pula merupakan Bandar Brunei lama dan sebagai petempatan yang terbesar, sebelum penghuni kawasan ini berpindah ke kawasan perairan Sungai Brunei, yang kemudiannya dikenali sebagai Kampong Ayer.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)