Anda belum login :: 23 Nov 2024 23:03 WIB
Detail
ArtikelPengaruh Persekitaran Linguistik Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua  
Oleh: Subramaniam, Vijayaletchumy ; Zila, Noor
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 11: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kesebelas, Jakarta,1-2 Mei 2013, page 217-222.
Topik: pembelajaran bahasa; persekitaran linguistik; bahasa kedua; murid Iban
Fulltext: PENGARUH PERSEKITARAN.pdf (2.17MB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 11
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: 1
    Lihat Detail Induk
Isi artikelMemartabatkan Bahasa Melayu merupakan tanggung jawab yang harus diperjuangkan oleh segenap lapisan Masyarakat tanpa mengira keturunan, kepercayaan dan latar belakang kaum. Usaha murni ini harus dimulakan dengan memperkukuhkan penguasaan bahasa Melayu di peringkat akar umbi khususnya dalam kalangan pelajar dari pada pelbagai kaum. Kepelbagaian etnik di Sarawak menyebabkan pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Justeru, kertas kerja ini membincangkan pengaruh persekitaran linguistic dalam proses pembelajaran dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua dalam kalangan pelajar-pelajar peribumi Sarawak. Pengkaji telah memilih pelajar-pelajar dari suku kaum Iban sebagai responden Kajian memandangkan Masyarakat Iban merupakan etnik bumiputera Sarawak yang paling besar berbanding etnik-etnik yang lain. Responden Kajian terdiri dari pada 30 orang murid Iban yang berumur antara 10 hingga 11 tahun di sebuah Sekolah rendah di daerah Meradong. Pengkaji telah menghuraikan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua pelajar. Pengkaji menggunakan kaedah Kajian lapangan dengan mengemukakan boring soal selidik terhadap responden kajian. Pengkaji menjalankan soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Melalui boring soal selidik pengkaji telah mendapatkan maklumat berkaitan tiga faktor utama iaitu latar belakang diri dan keluarga pelajar, latar belakang bahasa keluarga pelajar dan latar belakang penguasaan bahasa Melayu pelajar. Penghuraian data dibuat secara deskriptif dengan menganalisis kekerapan dan peratusan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Dapatan Kajian menunjukkan bahawa pengaruh persekitaran linguistic mempunyai peranan yang besar dalam penguasaan bahasa kedua pelajar. Pengkaji berharap dengan adanya Kajian seperti ini, akan dapat membantu guru-guru merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam membimbing pelajar mempelajari bahasa kedua.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)