Anda belum login :: 23 Nov 2024 22:58 WIB
Detail
ArtikelMakna Kata Ganda Berentak Dalam Novel Ranjau Sepanjang Jalan  
Oleh: Nasuka, Anida ; Roihan, Siti Nuur ; Subramaniam, Vijayaletchumy
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: KOLITA 11: Konferensi Linguistik Tahunan Atma Jaya Kesebelas, Jakarta,1-2 Mei 2013, page 173-176.
Topik: makna; kata ganda berentak dan sintaktik
Fulltext: MAKNA KATA GANDA.pdf (2.17MB)
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKBB
    • Nomor Panggil: 406 KLA 11
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: 1
    Lihat Detail Induk
Isi artikelKajian ini bertujuan untuk menganalisis makna bagi kata ganda berentak. Kajian ini berfokus kepada objektif mengenal pasti makna bagi kata ganda berentak dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad (1997) serta jenisnya. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Logik Simbolik. Teori logik simbolik ini membahagikan kajian makna kepada tiga bahagian, iaitu semantik, sintaktik dan pragmatik. Oleh kerana bentuk kata ganda berentak adalah berbeza-beza dan sukar untuk menentukan maknanya, pengkaji akan menghuraikan makna bagi kata ganda berentak ini dari aspek sintaktik. Hal ini kerana sintaktik ialah bahagian yang mengkaji hubungan antara satu perkataan dengan perkataan lainnya dalam menentukan makna bagi perkataan tersebut. Hubungan itu dapat dilihat pada konteks yang besar, misalnya dalam ayat atau frasa.Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga jenis makna bagi kata ganda berentak dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, iaitu makna aneka jenis, makna intensiti dan makna kesalingan. Seterusnya makna bagi kata ganda berentak inihanya dapat ditentukan dengan melihat kepada aspek sintaktik.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)