Anda belum login :: 23 Nov 2024 04:10 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Strategi Komunikasi Bagi Peningkatan Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah Malaysia
Oleh:
Ahmad, Zainol Abidin
;
Husin, Abdul Halim Mohd.
;
Hasan, Musa Abu
;
Zakaria, Mohd Zaliridzal
;
Mustafa, Muhamad Zaki
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection
,
page 601-604.
Topik:
Komunikasi
;
Penyalahgunaan Dadah
Ketersediaan
Perpustakaan PKPM
Nomor Panggil:
159.07 (061) PRO
Non-tandon:
1 (dapat dipinjam: 0)
Tandon:
tidak ada
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Bertitik tolak daripada pelancaran kempen anti dadah pada tahun 1983, pelbagai iklan dan kempen telah dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan untuk memerangi gejala merbahaya ini. Berbillion ringgit telah dilaburkan untuk mencapai tujuan ini. namun begitu segala usaha ini menunjukkan hasil yang kurang memberangsankan. Agensi AntiDadah Kebangsaan, AADK (2007) melaporkan peningkatan yang drastik terhadap penagih dadah baru dari 32,808 orang pada tahun 2005 kepada 68,391 orang pada tahun 2007. Oleh yang demikian, kajian ini dirangka untuk melihat dan mengkaji pandangan pakar-pakar komunikasi massa dan kempen media tentang strategi komunikasi berkesan bagi meningkatkan kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah di Malaysia. Teknik temudual berstruktur dan perbincangan kumpulan berfokus telah digunapakai sebagai kaedah pengumpulan data bagi penyelidikan ini. Seterusnya, teknik analisa bertema telah digunapakai bagi menganalisa transkrip temubual dan perbincangan kumpulan berfokus bagi mendapatkan strategi komunikasi yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah di Malaysia. Hasil perbincangan yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa pandangan pakar kempen komunikasi massa adalah seperti berikut; 1) Kempen antidadah yang telah dijalankan di Malaysia masih belum berjaya menangani isunya. 2) Kempen antidadah di Malaysia tidak dilaksanakan secara berkala dan secara tekal; dan 3) Kempen antidadah di Malaysia tidak dilaksanakan menggunakan media yang sesuai. Hasil kajian ini dapat digunapakai pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam merangka kempen-kempen pencegahan dadah yang lebih berkesan untuk memastikan mesej yang tepat dapat dirangka untuk sasaran yang tepat.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0.015625 second(s)