Anda belum login :: 23 Nov 2024 04:38 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Peranan Kebijaksanaan Emosi (Ei) terhadap Kepuasan dan Penglibatan Bekerja dalam Kalangan Guru
Oleh:
Salim, Syed Sofian Syed
;
Mustafa, Muhammad Bazlan
;
Johar, Abdul Rashid
;
Adnan, Nor Haslin Mohd
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection
,
page 592-600.
Topik:
Kebijaksanaan Emosi
;
Kepuasan Kerja
;
Penglibatan Kerja
;
Emotional Competence Inventory
;
Job Diagnostic Survey
Ketersediaan
Perpustakaan PKPM
Nomor Panggil:
159.07 (061) PRO
Non-tandon:
1 (dapat dipinjam: 0)
Tandon:
tidak ada
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat peranan kebijaksanaan emosi (ei) ke atas kepuasan dan penglibatan bekerja dalam kalangan guru. Kedua, kajian ini juga melihat kesan interaksi ei dengan ciiri-ciri pekerjaan seperti kawalan kerja, kepentingan kerja dan kepelbagaian kemahiran ke atas kepuasan kerja. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 1200 orang guru dari 60 buah sekolah di negeri Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Alat ukuran Emotional Competence Inventory (ECI) oleh Boyatzis, Goleman dan HayMcber (1999) digunakan untuk mengukur ei, Job Diagnostic Survey (JDS) oleh Hackman dan Oldman (1980) mengukur kepuasan dan ciri-ciri pekerjaan serta soal selidik penglibatan kerja oleh Carson dan Bedeian (dalam Carson & Carson 1998). Dapatan kajian melalui analisis korelasi Pearson menunjukkan ei mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pemboleh ubah kepuasan dan penglibatan kerja. Manakala melalui analisis ANOVA dua hala pula dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan interaksi yang signifikan antara ei dengan ciri-ciri pekerjaan ke atas pemboleh ubah kepuasan kerja.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0.015625 second(s)