Anda belum login :: 23 Nov 2024 04:41 WIB
Detail
ArtikelPenghayatan Surah Al-Nas dan Jati Diri dalam Kalangan Pelajar Kolej: Satu Tinjauan Awal  
Oleh: Salmah binti Abol ; Omar, Mariani
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 566-570.
Topik: Surah Al-Nas; Jati Diri; Pelajar Kolej
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelPenghayatan ayat-ayat al-Quran menjadi asas pembentukan jati diri seseorang muslim. Ia mampu menyemai, membina dan mempertingkat nilai insan dari segala unsur yang dimiliki oleh seseorang insan yang sempurna dari segi mental, fizikal, emosi dan spiritual. Kajian ini secara keseluruhannya bertujuan untuk meninjau penghayatan Surah al-Nas dan pembangunan jati diri dalam kalangan pelajar di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Tumpuan kajian adalah kepada pengetahuan, kefahaman Surah al-Nas dan pembangunan jati diri di kalangan pelajar kolej dari segi keyakinan kepada Allah s.w.t, memiliki semangat juang, mempunyai prinsip yang teguh dan bersikap terbuka. Seramai 67 orang pelajar telah dipilih secara rawak berkelompok bagi mewakili responden. Set soal selidik telah diedarkan kepada responden. Soal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B, C dan D. Data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 15.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan pengetahuan, penghayatan Surah al-Nas dan Pembentukan Jati diri dalam kehidupan pelajar berada pada tahap sederhana. Terdapat korelasi negatif yang rendah antara penghayatan surah al-Nas dengan pencapaian akademik dan hubungan antara penghayatan Surah al-Nas dengan pembangunan jati diri pelajar. Kesimpulannya para pelajar harusla sedar dan sentiasa berusaha untuk menambah baik syahsiah ke arah pembangunan jati diri yang unggul selaras dengan tuntutan agama dan menjadi modal insan yang berkualiti
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.015625 second(s)