Anda belum login :: 23 Nov 2024 04:37 WIB
Detail
ArtikelKeciciran Pelajar di Sekolah: Faktor-Faktor Penyebab dan Penglibatan Kaunselor  
Oleh: Azwa, Nursayyidatul Binti Zainal Abidin
Jenis: Article from Proceeding
Dalam koleksi: Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection, page 543-551.
Topik: Keciciran Pelajar di Sekolah; Faktor-Faktor Penyebab Keciciran; Penglibatan Kaunselor; Pendidikan; Pembangunan Sosial
Ketersediaan
  • Perpustakaan PKPM
    • Nomor Panggil: 159.07 (061) PRO
    • Non-tandon: 1 (dapat dipinjam: 0)
    • Tandon: tidak ada
    Lihat Detail Induk
Isi artikelPendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial negara. Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan sesebuah negara. Kepentingan pendidikan kepada pembangunan sesebuah negara dapat dilihat dengan peruntukan perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun untuk tujuan membangunkan sistem pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat. Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan yang berterusan dan bagi membangunkan modal insan 'minda kelas pertama' pada masa akan datang. Keciciran merupakan satu agenda sosial yang mempunyai impak yang tinggi kepada pembangunan modal insan negara Malaysia. Antara teori yang boleh digunakan untuk menjelaskan mengenai keciciran ialah teori keperluan manusia, teori behavioris, teori psikoanalitik dan teori ekologi. Kertas konsep ini bertujuan untuk melihat apakah faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi masalah keciciran dalam kalangan pelajar di sekolah dan bagaimanakah penglibatan kaunselor dalam permasalahan ini. Faktor-faktor yang dikenalpasti menyebabkan masalah keciciran ini meliputi aspek ekonomi, budaya, psikologi, sosial dan pendidikan. Manakala penglibatan kaunselor sekolah dalam mencegah permasalahan ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu pencegahan dan bantuan. Justeru itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keciciran dalam kalangan pelajar di sekolah dan sejauh penglibatan kaunselor boleh mencegah permasalahan ini.
Opini AndaKlik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!

Kembali
design
 
Process time: 0.03125 second(s)