Anda belum login :: 17 Feb 2025 07:30 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Pengurusan Stres dalam Kalangan Kakitangan Politeknik
Oleh:
Sabrina Binti Md. Yusoff
;
Noriza Binti Mat Hashim
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection
,
page 529-538.
Topik:
Pengurusan Stres
;
Kakitangan Politeknik
Ketersediaan
Perpustakaan PKPM
Nomor Panggil:
159.07 (061) PRO
Non-tandon:
1 (dapat dipinjam: 0)
Tandon:
tidak ada
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Stres yang tidak diurus memberi kesan buruk kepada individu malah akan menjejaskan keharmonian masyarakat dan kecemerlangan organisasi. Bagi golongan yang menghadapi cabaran menjaga ahli keluarga kelainan upaya, ahli keluarga bermasalah kesihatan kronik dan masalah kesihatan diri, tekanan yang dihadapi adalah lebih tinggi. kajian ini bertujuan untuk mengetahui tindakan yang dilakukan kakitangan politeknik apabila menghadapi tekanan. Seterusnya, mengenal pasti bentuk sokongan yang diperlukan untuk mengurangkan tekanan. Seterusnya, mengenalpasti bentuk sokongan yang diperlukan untuk mengurangkan tekanan. Kajian tertumpu kepada 22 responden yang dipilih secara spesifik terdiri daripada kakitangan POLISAS. Instrumen kajian yang dijalankan ialah kaedah soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS VERSI 17.0 melibatkan pengiraan statistik peratusan dan min skor (Skala Likert 4). Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah Cronbach Alpha=0.812. Dapatan kajian mendapati tindakan tertinggi yang dilakukan oleh kakitangan politeknik apabila menghadapi tekanan adalah mendekatkan diri pada Tuhan (3.91) dan mengeratkan hubungan baik dengan keluarga (3.82). Sokongan yang paling diperlukan adalah mengwujudkan persekitaran yang positif (3.82), meningkatkan kebolehcapaian maklumat tentang agensi sokongan yang terlibat serta sokongan dan bantuan daripada pihak keluarga (3.64). Kesimpulannya, kakitangan politeknik mampu menguruskan tekanan walaupun menghadapi cabaran dan ujian tanpa menjejaskan prestasi kerja. Kajian ini diharap bermanfaat kepada pihak-pihak terlibat dalam penggubalan dasar dan pembuatan keputusan supaya kakitangan tersebut dapat membangunkan potensi diri, kerjaya, keluarga dan negara.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0.015625 second(s)