Anda belum login :: 23 Nov 2024 04:08 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Tekanan dan Kesediaan Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling dalam Kalangan Gelandangan
Oleh:
Najib, Norazizalina Mat
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection
,
page 503-514.
Topik:
Tekanan
;
Kesediaan Mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling
;
Gelandangan
;
Anjung Singgah
Ketersediaan
Perpustakaan PKPM
Nomor Panggil:
159.07 (061) PRO
Non-tandon:
1 (dapat dipinjam: 0)
Tandon:
tidak ada
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tekanan dan kesediaan gelandangan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Seramai 81 orang gelandangan yang berdaftar di Anjung Singgah dijadikan responden kajian iaitu 73 orang gelandangan lelaki dan 8 orang gelandangan perempuan. Responden dipilih menggunakan sampel rawak mudah. Alat kajian yang digunakan merangkumi 3 bahagian, iaitu bahagian A data demografi, bahagian B soal selidik tekanan dan bahagian C soal selidik kesediaan mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Soal selidik tersebut ialah Skala Tekanan Hidup Cooper. Skala Persepsi Tekanan dan Inventori Sikap terhadap Skala Mencari Bantuan Psikologi Profesional. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan Korelasi Pearson dan t-test. Hasil kajian menunjukkan, gelandangan berada pada tahap tekanan yang sederhana dan punca utama tekanan adalah kerana masalah kewangan. Selain itu, tahap kesediaan gelandangan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling pula berada pada tahap sederhana. Di samping itu, hasil menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tekanan dan kesediaan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan gelandangan. Seterusnya, data menunjukkan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tekanan di antara gelandangan penghuni Anjung Singgah dan gelandangan bukan penghuni Anjung Singgah. Akhir sekali, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terdapat kesediaan mendapatkan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan gelandangan penghuni Anjung Singgah dan gelandangan bukan penghuni Anjung Singgah.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0.015625 second(s)