Anda belum login :: 23 Nov 2024 04:56 WIB
Home
|
Logon
Hidden
»
Administration
»
Collection Detail
Detail
Konsep Kendiri Pelajar Kolej Kediaman yang Mengikuti Pengajian Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Putra Malaysia
Oleh:
Ahmad, Jamaludin
;
Rosly, Nurul Syuhada Mohd
Jenis:
Article from Proceeding
Dalam koleksi:
Prosiding seminar internasional konseling Malindo-3, the heart and soul of counseling: a reflection
,
page 433-450.
Topik:
Konsep Kendiri
;
Bimbingan dan Kaunseling
Ketersediaan
Perpustakaan PKPM
Nomor Panggil:
159.07 (061) PRO
Non-tandon:
1 (dapat dipinjam: 0)
Tandon:
tidak ada
Lihat Detail Induk
Isi artikel
Konsep kendiri positif merupakan salah satu daripada elemen yang sangat penting yang harus ada dalam diri bakal pendidik bagi memberikan didikan dan contoh yang baik kepada anak didik mereka mahupun diri individu itu sendiri. Justeru kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti apakah tahap konsep kendiri pelajar kolej kediaman Universiti Putra Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 87 sampel yaitu 12 lelaki dan 75 perempuan yang diambil daripada keseluruhan populasi kajian seramai 112 pelajar. Populasi merupakan kesemua pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) Universiti Putra Malaysia. Kaedah persampelan yang digunakan ialah kaedah pengiraan sampel Krejcie dan Morgan (1970). Sampel seterus diberikan set inventori Skala Konsep Kendiri Tennessee (TCSC). Inventori ini telah dibina oleh Fit (1965) dan seterusnya di terjemahkan dalam versi bahasa melayu oleh Sidek Mohd Noah (1995) untuk kegunaan di Malaysia. Nilai pekali kebolehpercayaan inventori ini ialah 85 yang diperolehi melalui suatu kajian yang telah dijalankan oleh Jamaludin Ahmad, Rosdi Yusof dan Saifudin Kumar Abdullah (2009). Melalui analisis data yang telah dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science 19 (SPSS 19), ia menunjukkan bahawa keputusan konsep kendiri berdasarkan jantina, bangsa dan tahun pengajian tidak banyak menunjukkan perbezaan. Walaubagaimananpun, keputusan yang diperolehi untuk konsep kendiri keseluruhan sampel kajian adalah rendah dimana seramai 13 responden yaitu manakala baki 74 responden lagi mewakili 82.4% mempunyai konsep kendiri yang rendah dan negatif. Beberapa cadangan telah dikemukakan seperti menjalankan kajian jenis longitunal dan mengenal pasti faktor yang lebih signifikan yang boleh mempengaruhi tahap konsep kendiri.
Opini Anda
Klik untuk menuliskan opini Anda tentang koleksi ini!
Kembali
Process time: 0.03125 second(s)